adiWidget

Fadhilat solat Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar

BELAJAR DARI PENGALAMAN.....


TIDAK SESIAPA PUN MAHU KESEDIHAN ITU DATANG DITEMANI KESUGULAN DALAM HIDUP.KEHIDUPAN INI TIDAK SEMUDAH SEPERTI YANG DISANGKA..ADAKALANYA KITA TERJATUH KECEWA...KADANGKALA KITA BAHAGIA SEPERT INDAHNYA PELANGI DIUFUK LANGIT MENYINARI KITA.

TAHUN DEMI TAHUN PASTI MENJELMA...ENTAH BERAPA KALI KITA JATUH DAN KITA GAGAH UNTUK BANGUN SEMULA.MENGORAK LANGKAH PENUH HATI-HATI SUPAYA TIDAK TERGELINCIR SEMULA..SESIAPA SAHAJA MAHUKAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN ITU DIKEKALKAN TAPI KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGEKALKANNYA.

KITA MANUSIA HARI INI DIBAWAH,ESOK DI ATAS.KEHIDUPAN UMPAMA RODA.HARI INI KITA GEMBIRA TANPA KITA SEDARI ESOK KITA BERDUKA DAN PADA WAKTU ITU BARULAH KITA SEDAR.BILA DIFIKIRKAN ALANGKAH BODOHNYA MANUSIA ITU GAGAL KERANA TERPERANGKAP DENGAN PERMAINAN CINTA.TAPI CINTA ITU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARI KEHIDUPAN KITA JIKA KITA SUDAH LALUINYA.

PEMIKIRAN BERMULA DARI AKAL,KASIH SAYANG ITU BERMULA DARI HATI SELEPAS ITU TUMBUH PERASAAN CINTA TETAPI APABILA HATI SUDAH BERPALING TADAH,RINDU MENJADI BENCI,SAYANG MENJADI MENYAMPAH,GURAUAN MENJADI MARAH,BETAPA PENTING HATI ALAM CINTA ITU.INILAH KITA YANG ASYIK BERMAIN DALAM CINTA.TERLALU BERGEMBIRA SEHINGGA KITA LUPA YANG KITA ADA MAHA MENGETAHUI.KEMBALILAH IA KEPADA YANG MAHA ESA.SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA BERKUASA DIATAS SEGALA-GALANYA.

JGN BIARKAN NAFSU MENGUASAI DIRI.PENGALAMAN HIDUP ITU PENTING ..JGN BIARKAN IA BERULANG..JIKA TIDAK MAHU TERLUKA PARAH.INILAH REALITI KRONOLOGI KEHIDUPAN KITA.

BINGKISAN DOA BUAT TEMAN ...



Ya Allah
panjangkanlah umur temanku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan temanku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui temanku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah temanku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.



Ilmu memagar diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan
pencuriyang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak
memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3 tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.


5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja padaAllah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.

Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali"barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah)

TIP MENGENALI LELAKI BAIK

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa danboleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik?

Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu.

Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

post dipetik dari DR.HM.Tuah Iskandar

RENUNGAN SEKETIKA : BEBERAPA MACAM MUSUH DAN SAHABAT SYAITAN IBLIS

Daripada Wahab bin Mahabbah Allah s.w.t telah menyuruh iblis datang mengunjungi Rasulullah s.a.w dan hendaklah iblis menjawab segala pertanyaan yang akan diajukan oleh nabi kepadanya,maka sampailah iblis itu dihadapan Rasulullah dan menyamar dirinya seperti seorang tua yang memegang sebatang tongkat.

      Rasulullah  : siapakah engkau ini?
      Iblis            : Saya ini adalah Iblis.
      Rasulullah  : Mengapakah engkau datang ke sini?
      Iblis            : Sesungguhnya saya ini telah disuruh oleh Allah mengunjungi tuan,dan saya dimestikan menjawab pertanyaaan tuan.
      Rasulullah  : Hai Iblis,berapakah musuhmu daripada umatku?
      Iblis           : Ada lima belas macam musuhku:

  1. Engkau sendiri.
  2. Raja yang adil.
  3. Orang yang merendahkan diri.
  4. Saudagar yang benar dan jujur
  5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah.
  6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.
  7. Orang mukmin yang pemurah hati.
  8. Orang yang bertaubat bersungguh-sungguh.
  9. Orang yang tidak suka kepada barang yang haram.
  10. Orang yang sentiasa berwuduk (bersih).
  11. Orang mukmin yang banyak bersedekah.
  12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.
  13. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.
  14. Pembawa Quran yang selalu membacanya.
  15. Orang mukmin yang selalu beribadat di waktu malam.

    Rasulullah : Siapakah sahabat-sahabatmu?
    Iblis          : Sahabat-sahabatku ada sepuluh macam :
  1. Sultan atau raja yang zalim.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Saudagar yang khianat.
  4. Peminum arak dan pemabuk.
  5. Orang yang selalu namimah.
  6. Orang yang mengerjakan zina.
  7. Orang yang makan harta anak yatim.
  8. Orang yang meringankan sembahyang.
  9. Orang yang menahan zakat.
  10. Orang yang akan menganggap dirinya akan berumur panjang.
Maka setelah kita mengetahui segala jawapan-jawapan iblis tersebut,dapatlah kita ketahui apakah kita terdiri daripada sahabat atau pun musuh iblis?

Blogged with the Flock Browser

BACAAN UNTUK MENUNAIKAN HAJAT

BARANGSIAPA INGIN DIKABULKAN HAJATNYA OLEH ALLAH.MAKA KHATAMKAN AL-QURAN DENGAN URUTAN SEBAGAI BERIKUT  :

1. HARI JUMAAT MEMBACA SURAH AL-BAQARAH SAMPAI SURAH AL-MAIDAH

2. HARI SABTU MEMBACA SURAH AL-AN'AM SAMPAI SURAH AT-TAUBAH

3. HARI AHAD MEMBACA SURAH YUNUS SAMPAI SURAH MARYAM

4. HARI ISNIN MEMBACA SURAH THOHA SAMPAI
SURAH AL-QOSHOS

5. HARI SELASA MEMBACA SURAH AL-ANKABUT SAMPAI SURAH SHOF

6. HARI RABU MEMBACA SURAH AL-ZUMAR SAMPAI SURAH AL-RAHMAN

7. HARI KHAMIS MEMBACA SURAH AL-WAQIAH SAMPAI SURAH AN-NAAS

KETERANGAN: BILA BACAAN ANDA SUDA KHATAM.MAK SUJUDLAH.KEMUDIAN MOHONLAH PADA TUHAN APA YANG ANDA NIATKAN .INSYAALLAH  MAKBUL

Blogged with the Flock Browser