BINGKISAN DOA BUAT TEMAN ...



Ya Allah
panjangkanlah umur temanku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan temanku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui temanku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah temanku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.



Ilmu memagar diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan
pencuriyang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak
memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3 tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.


5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja padaAllah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.

Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali"barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah)