RENUNGAN SEKETIKA : BEBERAPA MACAM MUSUH DAN SAHABAT SYAITAN IBLIS

Daripada Wahab bin Mahabbah Allah s.w.t telah menyuruh iblis datang mengunjungi Rasulullah s.a.w dan hendaklah iblis menjawab segala pertanyaan yang akan diajukan oleh nabi kepadanya,maka sampailah iblis itu dihadapan Rasulullah dan menyamar dirinya seperti seorang tua yang memegang sebatang tongkat.

      Rasulullah  : siapakah engkau ini?
      Iblis            : Saya ini adalah Iblis.
      Rasulullah  : Mengapakah engkau datang ke sini?
      Iblis            : Sesungguhnya saya ini telah disuruh oleh Allah mengunjungi tuan,dan saya dimestikan menjawab pertanyaaan tuan.
      Rasulullah  : Hai Iblis,berapakah musuhmu daripada umatku?
      Iblis           : Ada lima belas macam musuhku:

  1. Engkau sendiri.
  2. Raja yang adil.
  3. Orang yang merendahkan diri.
  4. Saudagar yang benar dan jujur
  5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah.
  6. Orang mukmin yang selalu menasihati orang.
  7. Orang mukmin yang pemurah hati.
  8. Orang yang bertaubat bersungguh-sungguh.
  9. Orang yang tidak suka kepada barang yang haram.
  10. Orang yang sentiasa berwuduk (bersih).
  11. Orang mukmin yang banyak bersedekah.
  12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya.
  13. Orang mukmin yang menolong orang yang berhajat.
  14. Pembawa Quran yang selalu membacanya.
  15. Orang mukmin yang selalu beribadat di waktu malam.

    Rasulullah : Siapakah sahabat-sahabatmu?
    Iblis          : Sahabat-sahabatku ada sepuluh macam :
  1. Sultan atau raja yang zalim.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Saudagar yang khianat.
  4. Peminum arak dan pemabuk.
  5. Orang yang selalu namimah.
  6. Orang yang mengerjakan zina.
  7. Orang yang makan harta anak yatim.
  8. Orang yang meringankan sembahyang.
  9. Orang yang menahan zakat.
  10. Orang yang akan menganggap dirinya akan berumur panjang.
Maka setelah kita mengetahui segala jawapan-jawapan iblis tersebut,dapatlah kita ketahui apakah kita terdiri daripada sahabat atau pun musuh iblis?

Blogged with the Flock Browser

BACAAN UNTUK MENUNAIKAN HAJAT

BARANGSIAPA INGIN DIKABULKAN HAJATNYA OLEH ALLAH.MAKA KHATAMKAN AL-QURAN DENGAN URUTAN SEBAGAI BERIKUT  :

1. HARI JUMAAT MEMBACA SURAH AL-BAQARAH SAMPAI SURAH AL-MAIDAH

2. HARI SABTU MEMBACA SURAH AL-AN'AM SAMPAI SURAH AT-TAUBAH

3. HARI AHAD MEMBACA SURAH YUNUS SAMPAI SURAH MARYAM

4. HARI ISNIN MEMBACA SURAH THOHA SAMPAI
SURAH AL-QOSHOS

5. HARI SELASA MEMBACA SURAH AL-ANKABUT SAMPAI SURAH SHOF

6. HARI RABU MEMBACA SURAH AL-ZUMAR SAMPAI SURAH AL-RAHMAN

7. HARI KHAMIS MEMBACA SURAH AL-WAQIAH SAMPAI SURAH AN-NAAS

KETERANGAN: BILA BACAAN ANDA SUDA KHATAM.MAK SUJUDLAH.KEMUDIAN MOHONLAH PADA TUHAN APA YANG ANDA NIATKAN .INSYAALLAH  MAKBUL

Blogged with the Flock Browser