adiWidget

Terkena Sihir!!!.Pendekat Jodoh menurut Prof.Harun Din


Salam Ramadhan buat semua...pejam celik pejam celik ..kita sekarang dah berada fasa maghfirah..jadi perbanyakkanlah mohon keampunan Allah.Entah esok atau lusa ajal maut menjemput kita..begitu juga persoalan jodoh juga pertemuan masih membelenggu pemikiran kita..

Jodoh merupakan qada' dan qadar dari Allah.Segala Penentuan ditetapkan oleh Allah.Walaupun demikian.dalam banyak hal kelakuan manusia itu sendiri adalah punca utama penemuan jodoh.Sifat-sifat luaran seseorang,lebih-lebih lagi budi bahasa dan akhlak serta keadaan keluarga banyak mempengaruhi penentuan jodoh seseorang.Tidak dinafikan juga bahawa seseorang itu,lebih-lebih lagi orang perempuan adakalanya jodohnya begitu berat,biarpun ia seorang yang baik dan mempunyai paras rupa yang elok kerana buatan sihir orang yang membencinya,samada kerana cemburu,sakit hati kepadanya atau keluarganya akibat dari keinginan membalas dendam.

Justeru itu,bagi menghadapi masalah seperti ini,halangan jodoh buatan manusia ini perlu dirongkaikan,kemudian baru diikhtiarkan dengan memohon kepada Allah agar seseorang itu menemui jodoh.

Cara utama ialah dengan menggunakan air yang bersih yang dibacakan untuk mematikan kekuatan sihir iaitu:
الفاتحة *
مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحِْر.....الخ *

Tiup pada air.Gunakan air ini untuk mandi setelah dicampur dengan air biasa sekurang-kurangnya tiga petang berturut2 sebelum maghrib.

Kaedah kedua ialah dengan menggunakan tujuh jeis bunga yang wangi dan sebaik-baiknya tujuh warna.Bacakan doa berikut:


الفاتحة *

اللهُمَّ اجْعَلْهَا +مَحْبُوبةً في قُلُوْبِ المؤمنين وبَشِّرهَا +وبالْغِنى الى مائةٍ وعِشْرِينَ حَسَنةً فالله خَيْر ٌحافظًا
وَهُوَ اَرْهَمُ الرَّاحِمِينَ


Tiup bunga dan air yang disediakan.Sekiranya jodoh orang yang berkenaan masih belum bertemu,sediakan air menurut kaedah yang kedua di atas serta berikan doa berikut kepada orang yang berkenaan utuk dibaca setiap pagi pada air bunga itu.Gunakan air ini untuk membasuh muka hingga bertemu jodoh.

Sekian wassalam.selamat mencuba duhai rakan seperjuangan..MOga Mawaddah Wa rahmah mengiringi kita.

1 comments:

SK.KAMPUNG RAHMAT,SETIU said...

alhamdulillah...memang bagus