#Tahun2020 #TerimakasihAbah #Moment #kenangantakBolehdilupakan
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...
CNP#
Bismillahirrahmanirrahim....
lamanyer tak update blog ni..xsempat nak jenguk pun...buzy memanjang..alakulli hal..tika diberi peluang dan kesempatan yang ada ni..nak jugak ku lontarkan sesuatu untuk tazkiyyatul nafsi..moga Allah sentiasa bersama kita memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNYa...tahun 2011 15 sya'aban 1432 masihi muncul lagi atau lebih dikenali "nisfu sya'ban..jd.sama2 lah kita menghayati malam ini dengan perbnayakkan doa da ibadah kepada Allah..moga segala dosa kita sentiasa mendapat keampunan Allah hendaknya.....
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Sempena hari ibu..aku menghitung segala dosa2 ku selama ini....YA ALLAH..ampunkan dosa ku terhadap ibubapa ku..aku ingin membahagiakan mereka selagi mereka masih hidup didunia ini...aku tahu tiada yang lebih baik untuk ku selain dapat berbakti kepada mereka...lantas kudengar,kuhayati dan kulihat video ini...terus ku teringat anak2 muridku yang telah dimotivasikan dalam satu sessi ceramah motivasi anjuran JPHEIM daerah setiu baru-baru ini...tak sampai hati untukku merakam detik2 yang penuh pilu..cukup terharu dan pilu apabila melihat mereka bersama ibubapa mereka menangis dan mengeluarkan air mata...mungkin telah byk kesilapan mereka lakukan terhadap ibubapa mereka...ahhh..aku turut menahan sebak...meninggalkan majlis ...tak dapat untuk ku teruskan bersama mereka menahan air mata...dan aku teringat ketika zaman sekolah dulu....bykyer kesilapan aku ..takkan ku ulangi lagi...YA ALLAH Rahmati daku..rahmati ibu dan ayahku....